Tanda-tanda Sebelum Kita Meninggal Dunia...




100 hari sebelum kematian – Ini adalah tanda pertama dari Allah kepada hambanya dan hanya akan disedari oleh mereka-mereka yang dikehendakinya. Walau bagaimanapun semua orang Islam akan mendapat tanda ini cuma sama ada mereka sedar atau tidak sahaja. Tanda ini akan berlaku lazimnya selepas waktu Asar. Seluruh tubuh iaitu dari hujung rambut sehingga ke hujung kaki akan mengalami getaran atau seakan-akan mengigil.

40 hari sebelum kematian – Tanda ini juga akan berlaku sesudah waktu Asar. Bahagian pusat kita akan berdenyut-denyut. Pada ketika ini daun yang tertulis nama kita akan gugur dari pokok yang letaknya di atas Arasy Allah. Maka malaikat maut akan mengambil daun tersebut dan mula membuat persediaannya ke atas kita antaranya ialah ia akan mula mengikuti kita sepanjang masa. Akan terjadi malaikat maut ini akan memperlihatkan wajahnya sekilas lalu dan jika ini terjadi, mereka yang terpilih akan merasakan seakan-akan bingung seketika.


7 hari sebelum kematian – Adapun tanda ini akan diberikan hanya kepada mereka yang diuji dengan musibah kesakitan di mana orang sakit yang tidak makan secara tiba- tiba ianya berselera untuk makan.


3 hari sebelum kematian – Pada ketika ini akan terasa denyutan di bahagian tengah dahi kita iaitu di antara dahi kanan dan kiri. Jika tanda ini dapat dikesan maka berpuasalah kita selepas itu supaya perut kita tidak mengandungi banyak najis dan ini akan memudahkan urusan orang yang akan memandikan kita nanti. Ketika ini juga mata hitam kita tidak akan bersinar lagi dan bagi orang yang sakit hidungnya akan perlahan-lahan jatuh dan ini dapat dikesan jika kita melihatnya dari bahagian sisi. Telinganya akan layu dimana bahagian hujungnya akan beransur-ansur masuk ke dalam. Telapak kakinya yang terlunjur akan perlahan-lahan jatuh ke depan dan sukar ditegakkan.


1 hari sebelum kematian – Akan berlaku sesudah waktu Asar di mana kita akan merasakan satu denyutan di sebelah belakang iaitu di kawasan ubun-ubun di mana ini menandakan kita tidak akan sempat untuk menemui waktu Asar keesokan harinya.

Hari kematian – Akan berlaku keadaan di mana kita akan merasakan satu keadaan sejuk di bahagian pusat dan ianya akan turun ke pinggang dan seterusnya akan naik ke bahagian halkum. Ketika ini hendaklah kita terus mengucap kalimah syahadah dan berdiam diri dan menantikan kedatangan malaikat maut untuk menjemput kita kembali kepada Allah yang telah menghidupkan kita dan sekarang akan mematikan pula.

Buddies Sampai ke Syurga




Anggaplah diri kita sebagai Duta persaudaraan... Yang penting, niat kita kerana ALLAH.. kita suka berkasih sayang, ALLAH pasti kasih juga kepada kita.. Bahagianya... Hidup jika ALLAH selalu kasihkan kita..

Bina persaudaraan seperti dalam satu kaum keluarga, satu aqidah, Satu hala tuju, Satu tempat datang, dan satu pulak tempat pergi.. Sakit sama dirasakan sakitnya, dan senang sama dipanjatkan syukurnya...

Cinta ALLAH...






Sekarang aku tahu mengapa ALLAH menciptakan JARAK diantara kita,kerana ALLAH ingin kita JANGAN terlalu dekat agar RASA CINTA yang telah ALLAH anugerahkan dihati kita tetap terjaga kesucian maknanya,tak ternoda kepada yang namanya ZINA,,,

Sekarang aku tahu mengapa ALLAH memisahkan kita,membiarkan kita mengolah dan memahami CINTA dalam kesendirian dan menyimpannya dalam DIAM,agar ia tak terusik dalam pergaulan yang belum saatnya kita nikmati,kerana belum terikat dalam ikrar suci yang bernama PERNIKAHAN,..

Tahukah dirimu,mengapa ALLAH menciptakan kantung mata kepada kita,,?? Agar disana kita dapat menyimpan airmata kerinduan yang kadang menyergap bilik hati kita dan ia dapat terpejam,meredakan semua dalam DO'A dan menghadirkannya dalam bayang sekejap,untuk menjadi sebuah HARAPAN yang akan menguatkan kita,..

Tahukah juga kamu?Ditelapak tangan kita telah diukir-Nya sebuah nama,yang tetap dirahasiakan-Nya untukku dan untukkmu,agar kita senantiasa membawanya dalam setiap DO'A kita kepada-Nya,berharap yang TERBAIK disisi-Nya,untukku dan untukmu,...Aamiin ya Rabbal'alamin..

Copyright© All Rights Reserved www [dot] Budak Kecik Zone [dot] blogspot [dot] com