Nikmatnya Perpisahan Insan ‘Bercouple’


“Aku memang sangat mencintainya. Tapi aku terpaksa clash dengan dia..”
“Kenapa pulak?”
“Sebab aku selalu ingat dia sampai aku selalu lupa Allah.”
Pergh.. terbaiklah bro! Alhamdulillah..
Beruntung siapa dapat kekasih sepertinya. Bayangkanlah.. Tentu dia sudah dapat merasai penangan cinta daripada Allah sehingga sanggup untuk berpisah dengan insan yang selalu disayanginya dengan cara yang salah.
Ya.. begitulah.. Memilih untuk berpisah kerana Allah adalah keputusan yang sangat bijak. Itulah pilihan iman sebenarnya. Apabila menyedari diri sering terjebak dengan dosa ketika ber’couple’, iman yang ada dalam diri pasti akan menegur. Sangat terbaik orang yang sanggup menerima teguran daripada iman itu.
~Cepat-cepatlah terima teguran iman di hati sebelum nafsu mengambil alih.
Sememangnya terbaik. Itulah keputusan yang membawa manfaat buat dirinya dan kekasihnya. Bercintalah. Tapi buatlah keputusan untuk tidak ber’couple’. Selepas keputusan itu dibuat, akan berkurang atau tiada lagi episod-episod berpegangan tangan, bersentuh-sentuhan, bermanja-manjaan, membuang masa bersama, tinggalkan solat bersama, dan macam-macam lagi yang tidak sepatutnya berlaku sebelum kahwin. Masing-masing terhindar daripada maksiat dan dosa.
Itu barulah ‘saling menyayangi’ namanya. Mahu berpegangan tangan hingga ke Syurga atau ke Neraka? Tiada siapa yang mahu bersama ke Neraka bukan? Namun siapa yang betul-betul mahu bersama hingga ke Syurga?
Kadang-kadang kita merasakan nikmat ber’couple’ itu terlalu indah. Lalu kita suka. Tapi sebenarnya itu hanya sangkaan. Mainan nafsu. Direct to the point, ber’couple’ (sebelum nikah) tidak baik untuk kita. Sebab itu Allah mengizinkan berlakunya ‘kehilangan’ atau perpisahan. Kerana ‘kehilangan’ atau perpisahan yang kita tidak suka itu sebenarnya baik untuk kita.
Allah ‘Azza Wa Jalla berfirman;
“Boleh jadi kamu membenci sesuatu, padahal ia amat baik bagi kamu, dan boleh jadi kamu menyukai sesuatu, padahal ia amat buruk bagi kamu.Allah mengetahui, sedangkan kamu tidak mengetahui”
(Surah al-Baqarah ayat 216)
“biarlah kita kehilangan si dia kerana Allah. Jangan kita kehilangan Allah kerana si dia.”
Sahabat-sahabat semua.. Marilah sama-sama kita renungkan… Belum tentu pasangan kita itu adalah suami kita atau isteri kita. Kita ‘bercouple’ bagai nak rak, tiap malam bergayut dengan suara manja tanpa kita menyedarinya, waktu pagi bertemu berkepit ke hulu dan ke hilir tanpa rasa bersalah, semuanya hanya keindahan yang sementara.
Jika pasangan kita itu ditaqdirkan menjadi suami atau isteri kita, keindahan yang selalu kita nikmati di fasa sebelum pernikahan semakin suram. Jika dulu hampir setiap hari bertemu, namun setelah berada di alam pernikahan pandang pun menjadi jemu. Segala keindahan alam perkahwinan yang sepatutnya dinikmati di fasa tersebut turut hambar kerana sudah pun dirasai sebelum akad termeterai. Tiada lagi kejutan mahupun ‘suprise’ yang membahagiakan kerana hampir kesemua telah kita hadam dan menjadi perkara biasa kepada kita.
Kesimpulannya, serahkan lah hati kita kepada Allah. Simpankan rasa itu semata-mata hanya untuk Allah SWT. Biarkan Allah temukan hati yang mencintai Allah itu dengan hati yang lain, yang mana hati itu juga turut mencintai Allah. Yakinlah, jika kita menghiaskan hati ini dengan cinta Allah, pasti cinta yang hadir itu sentiasa mekar dan tidak akan layu. Malah cinta itu pasti kekal sentiasa kerana sandarannya juga adalah Zat yang Maha Kekal.
Marilah kita hayati dan amalkan doa ini. Semoga Doa Nabi Daud A.s ini memberi kita semangat dan teguh dalam mencinta Allah SWT sepenuh hati kita melebihi cinta kepada makhlukNya.
“ Ya Allah, kurniakanlah daku perasaan cinta kepada-Mu, Dan cinta kepada orang yang mengasihi-Mu, Dan apa sahaja yang membawa daku menghampiri cinta-Mu. Jadikanlah cinta-Mu itu lebih aku hargai daripada air sejuk bagi orang yang kehausan, Ya Allah, sesungguhnya aku memohon cinta-Mu, Dan cinta orang yang mencintai-Mu serta cinta yang dapat mendekatkan aku kepada cintaMu,
Ya Allah, apa sahaja yang Engkau anugerahkan kepadaku daripada apa yang aku cintai, Maka jadikanlah ia kekuatan untukku mencintai apa yang Engkau cintai. Dan apa sahaja yang Engkau singkirkan daripada apa yang aku cintai, Maka jadikanlah ia keredaan untukku dalam mencintai apa yang Engkau cintai, Ya Allah, jadikanlah cinta-Mu sesuatu yang paling aku cintai daripada cintaku kepada keluargaku, hartaku dan air sejuk pada saat kehausan.
Ya Allah, jadikanlah aku mencintai-Mu, mencintai malaikat-Mu, Rasul-Mu dan hamba-Mu yang soleh, Ya Allah, hidupkanlah hatiku dengan cinta-Mu dan jadikanlah aku bagi-Mu seperti apa yang Engkau cintai, Ya Allah, jadikanlah aku mencintai-Mu dengan segenap cintaku dan seluruh usahaku demi keredhaan-Mu.
(Hadis riwayat At-Tarmizi, Rasulullah SAW bersabda, “Inilah doa yang biasa dipanjatkan oleh Nabi Daud a.s”
Wallahu Ta’ala A’lam

Imaginasi 12

Mandi

Nak g mandi ---> Tengok dalam toilet ada orang ---> Tunggu giliran ---> Amek tuala ---> Ikat kat leher ---> Lari ---> Tentetennnnnnnn ---> Ho Ho Ho Aku lah Superman...

Perangai Buruk..




Benda ni mesti selalu belaku kat sekolah kan.. Nak g jalan buang dalam tong sampah malas, ataupun cikgu x bagi bejalan dalam kelas.. Inilah masa nye nak tunjuk kehebatan yg tiada tandingan nye.. Shoot dari jauh n terus masuk ke dalam tong sampah dengan jaya nye.. yearhhhh jerit sorang2 sbb seronok berjaya masuk kan sampah dari jarak yang jauh... sekian trima kasih...

Imaginasi 11

Drive

Drive sorang2 ---> Test power kereta ---> Tekan minyak sampai 100km lebih ---> krik..krik..krik..krik ---> Dshiuuuuuuu ---> Weuu..weuuu.weuuuu ---> Ada polis kat depan ---> Patah balik ---> Kena kejar ---> polis block --->  Compound...

Imaginasi 10

Tidur

Gud nite ---> Naik atas katil ---> Tepuk2 bantal n tidur ---> Tarik selimut ---> Arghhhhhhhhhhhhhh!!!! ---> Ada hantu ---> Bangun cepat2 ---> Buka lampu ---> Tgk hanya bantal peluk panjang yg bewarna putih..

Imaginasi 9

Dating

Ada temu janji ngan girlfriend ---> Gf sms suh datang awal jemput dia ---> Sampai umah Gf ---> Tunggu kat luar tengah panas atas moto ---> Sejam kemudian ---> nampak dia baru nak keluar pintu rumah ---> start moto ---> pulas troter sampai habis ---> Tuju kearah Gf yg menyusahkan hidup tu..

Imaginasi 8

Lepak

Sembang ngan kawan2 ---> Topic "dalam hati ada Taman" ---> Tanam pokok bunga ---> Ambik gunting trim pokok bunga ---> siram setiap hari ---> cabut rumput keliling pokok ---> tunggu pokokbunga membesar ---> Tadaaaaa..... ---> Fuh banyak keje wooo nk siap kn taman ni...

Imaginasi 7

Dalam Bas

Naik bas ekspress ---> Duduk single seat ---> Tarik langsir luas2 ---> tengok luar tingkap ---> Jalan Jam teruk ---> Tengok Jalan sebelah ---> Nampak Lori besar Laju ---> brek secara mengejut ---> Kukukuuu Kakaaaakaaaa ---> Jadi transformers...

Imaginasi 6

Peti Ais

Buka peti ais ---> Masuk ---> Tutup ---> Buka balik pintu peti ias ---> Keluar dalam bentuk kiub ais...

Imaginasi 5

Game

Tengok kawan sebelah main game lawan2 kat PC ---> macam lambat je dia nak kalah kn musuh dalam game tu ---> Masuk dalam PC ---> hiaaaaaaaakkkk ---> PAP...PAP...PAP... --->Tampar je semua musuh tu mcm nyamuk ---> Yeahhhhhh aku champion ---> Muka aku ada kat ranking paling atas skali...

Imaginasi 4

Poslaju

Suatu hari ---> Pos laju sampai depan umah ---> Dapat satu bungkusan ---> Lari masuk umah ---> buka bungkusan laju2 ngn penuh xcited ---> Ada sebijik umah banglo siap ada swimingpool...

Imaginasi 3

Memancing

Duduk tepi sungai ---> Siap kan pancing ---> Letak cacing kat mata kail ---> Cari lubuk ikan ---> Campak pancing dalam sungai ---> Tengok pancing gerak2 ---> Tarik pancing ---> Dapat awek cun...

Imaginasi 2

Kelas

Dalam kelas ---> Lecture Cantik Masuk ---> Dengar kuliah ---> Bosan ---> Pergi depan kelas, susun kerusi dua rapat2 ---> Main kawen2 ngn lecture cantik tu....

Imaginasi 1

Lewat

Masuk dalam kereta ---> Duduk diam2 ---> Tengok jam dah lewat ---> Pejam mata kuat2 ---> Bayangkan destinasi yang nak dituju ---> Shiuuuuuuuuuuuu ---> Tadaaaaaaaa --->Dah sampai...

Copyright© All Rights Reserved www [dot] Budak Kecik Zone [dot] blogspot [dot] com